Selamat Datang!

Gambar Allahyarham Hj. Bulang bin Suboh (datuk), Allahyarham Hj. Laibek bin Hj. Bulang (paklong), Allahyarhamah Hjh. Syarikah bt. Lauguk (nenek), Mohammad bin Hj. Bulang (paksu). Masik binti Hj. Bulang, Patimah (Acek) binti Hj. Bulang, Hj. Abdul Rahman bin Hj. Bulang (pakteh), Hjh. Khuzaimah binti Hj. Sulaiman (makteh), Allahyarhamah Hjh. Manek binti Hj. Bulang, Allahyarhamah Hjh. Ketek binti Hj. Bulang. (1975)

Blog ini bertujuan mengumpulkan kesemua waris Hj Bulang bin Suboh dari Kg. Parit Wak Kawek, Tampok Laut, Benut, Batu Pahat, Johor.

Sila berikan senarai nama lengkap anak-anak dan cucu-cucu dan cicit-cicit (jika ada) untuk dikemaskini di dalam senarai keluarga ini kepada email:

warisbulang[at]gmail.com

atau contact terus Pak Teh (Hj. Abdul Rahman Bulang)

Terima kasih

[[ This post is sticky. Please scroll down for latest news. ]]

Thursday, November 19, 2009

Takziah & Tahniah

(1) TAKZIAH

Dengan dukacitanya dimaklumkan, bahawa seorang cucu Hj. Bulang iaitu Mohamad Mindang (anak kedua Hj Bulang) telah kembali ke rahmatullah petang tadi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah.

(2) TAHNIAH

Kepada Pak Usu Mohamad Hj Bulang di atas penganugerahan pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) daripada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 10 November 2009. Semoga terus menabur bakti kepada agama, bangsa dan tanahair.

Thursday, November 12, 2009

Anak-anak Hj Bulang


Gambar ini diambil pada 7 Nov 2009, semasa kenduri di rumah Pak Usu.

Inilah 4 daripada 5 orang anak-anak Hj Bulang yang masih ada.

Berdiri dari kiri: Hj Abdul Rahman Hj Bulang, Mohamad Hj Bulang.
Duduk dari kiri: Fatimah Hj Bulang, Masik Hj Bulang
Tiada dalam gambar (kerana sudah pulang lebih awal): Hj Chening Hj Bulang



Ini pula gambar anak-anak bersama di antara menantu-menantu Hj Bulang.

Berdiri dari kiri: Salmah Hj Abd Rashid (isteri Allahyarham Mamang Hj Bulang), Hjh Khuzaimah Sulaiman (isteri Hj Abdul Rahman Hj Bulang), Hj Abdul Rahman Hj Bulang, Abdul Hamid (suami Masik Hj Bulang), Mohamad Hj Bulang dan Hayati Hj Jaafar (isteri Mohamad Hj Bulang).
Duduk dari kiri: Fatimah Hj Bulang, Masik Hj Bulang.

Marilah kita bersama hadiahkan al-Fatihah kepada mereka yang telah pergi meninggalkan kita. Al-Fatihah...

Majlis Perkahwinan Zairil Bin Mohamad Bin Hj Bulang




Tahniah diucapkan kepada Pak Usu Mohamad Bin Hj Bulang kerana menerima menantu baru-baru ini. Jauh bah menantunya dari Sabah bahh..

Gambar2 masih belum sempat di upload ke blog, tetapi sudah ada di Facebook.

Kepada saudara mara lain yang ada mengambil gambar semasa kenduri berkenaan, harap dapat emailkan ke warisbulang(at)gmail.com

Terima kasih!

Thursday, November 5, 2009

Belasungkawa

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Pakcik Salim yang baru meninggal dunia petang 5 Nov 2009.

Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Al Fatihah.